Saturday, September 27, 2008
Tangguh AGM: Ku Li kata dua pemimpin UMNO itu sifat seperti budak budak!!
Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengecam keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti yang menangguhkan pemilihan sehingga Mac depan dengan menyifatkannya sebagai "permainan kanak-kanak."
Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu yang sebelum ini pernah menawarkan diri mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanding jawatan Presiden berkata, beliau masih kekal dengan pendirian mahu menawarkan kepimpinan alternatif kepada Umno dan negara.
Tengku Razaleigh berkata, beliau tetap akan bertanding tidak kira bila pemilihan Umno diadakan.
"Kini kita sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai prasarana bertaraf dunia dan politik negara dunia ketiga dengan pemimpin-pemimpin menjadikan negara sebagai sebuah republik pisang," kata beliau pada sidang media di sini mengulas keputusan mesyuarat khas MT pagi ini.
Tengku Razaleigh yang pernah bertanding jawatan Presiden pada 1987 tetapi tewas di tangan Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata:
"Saya fikir saya bercakap untuk negara apabila saya mengatakan bahawa saya rasa malu ekoran permainan kanak-kanak tidak habis-habis oleh dua pemimpin dewasa ketika berhadapan dengan tanggungjawab penting buat negara, tidak sedar soal perundangan, tidak sedar kerosakan yang mereka sebabkan kepada negara."
Kata beliau, berbanding memberikan pelan ekonomi nasional ataupun sebarang bentuk pembaharuan yang lain sejak 8 Mac lalu, kedua-dua pemimpin berkenaan hanya menyediakan "pelan peralihan kuasa" yang bertujuan menyelamatkan mereka daripada berhadapan dengan pemilihan parti.
Tegas bekas Menteri Kewangan itu, tindakan menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan menunjukkan parti meneruskan ketidaktentuan iklim politik dan memberikan ruang kepada pembangkang 'menyerang' kerajaan.
Beliau merujuk kedua-dua pemimpin berkenaan sebagai Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.
Dengan itu kata beliau, mereka hanya mengutamakan kepentingan kerjaya politik masing-masing berbanding nasib negara khususnya ketika era yang penuh mencabar ini.
Petikan dari MStar
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini PM dan DPM entah mahu mempermainkan negara kita sampai bila zz.. Bukan sahaja Pak Lah kena undur tetapi Tok Najib juga perlu undur dari politik tanah air kita!!
Nak tengok muka si khairy tu selepas ayahanda dia tdk menjadi PM adakah boleh menjadi begitu angkuh?!! Konon dulu dia sombong hingga sering berkata dgn orang bahawa dia akan menjadi PM dlm umur 40 zzz mimpi.. haha=)
Umno akan menjadi releven selepas Tengku Razaleigh menjadi Presiden bersama Ketua Pemuda Mukhriz memimpin UMNO baru dan seterusnya tendang pemimpin pemimpin seperti Pak Lah, Najib, Syed Hamid, Muhammad Taib, Khairy, Hishammudin, Ali Rustam dan konco konco.. Maka selepas itu Malaysia akan menjadi satu negara yg aman makmur, bersih dan cerah masa hadapan semua rakyatnya.. Pada masa itu saya akan sama menyokong UMNO memimpin kita tetapi ini hanya setakat mimpi sahaja yg jahat dan kuat rasuah masih kuat takkan ditendang juga=(
Baru baru ini index gejala rasuah negara kita masih meningkat walaupun konon Pak Lah dan pegawai BPR nampaknya sedang bertungkus lumus membanteras pegawai yg korup ini semuanya hanya lakonan semata matanya utk menipu kita utk balik menyokong mrk zzz...
Yg org kuat dan tinggi pangkat itu masih sedang rasuah berleluasa manakala org yg dijatuh hukuman hanyalah kerdil dan ubi ubi kecil..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment