Friday, December 12, 2008

PPP.. Nak keluar keluar la Zz

Nampaknya parti PPP tak dapat raih popularitinya balik malah kawan baik Utusan juga melaporkan berita buruk dan busuk tentang parti PPP ini zzz.. Mereka ingat mereka benar macam SAPP yang fikir dan juang demi rakyat!!!

Nak keluar keluar la bukan sahaja PM dan orang BN tetapi ramai penyokong Pakatan juga kata keluarlah kalau ada biji=P, tapi jangan harap boleh dapat apa kebaikan jika keluar tak keluar mungkin boleh jadi kerajaan lagi tau kata Tun Mahathir dan juga jangan harap PPP akan dapat apa habuan dari Pakatan krn PPP kalao join Pakatan apa guna?

Semua orang bukan tak tahu PPP pada pilihanraya telah kalah hingga dekat pupus, kalau join Pakatan macam mana ada duduk untuk mereka dan orang macam ini tak setia adakah kita boleh percayai mereka akan setia Pakatan jika join?

Kalau nak jadi parti bebas saya tak berpendapat M kayeas akan buat begitu kerana semua orang tahu M Kayeas ini adalah hao lian (sombong) kalau tak ada kuasa macam mana nak hao lian?

Ini parti PPP dan Gerakan dari lama lagi both 2 ini memang suka main 1 2 sekarang ketua Gerakan dah diam selepas muka handsome tu dikoyak oleh orang maka adik dia Kayeas pula bising haizz memang susah nak jaga anak anak komponen BN ini..

Marilah kiata saksi klip video lama semasa zaman kegemilangan BN dan PPP=)

Selamat Menonton Pemimpin BN Malaysia!!!



Monday, December 1, 2008

Kuala Terrenganu = PAS

Bagi pendapat saya memang tak perlu mengadakan pilihanraya kecil di Kuala Terrenganu kerana ini memang amat membazirkan sumber wang dan masa bagi semua parti dan ahli ahli mereka yang terlibat, ini kerana dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, Allahyarham Razali yang mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 32,562 undi menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (31,562 undi) dan calon Bebas,Maimon Yusof, 89, (685 undi).

Datuk Mohamad Sabu hanya kalah pada majoriti undi yang tipis sahaja ini pun kerana muncul seorang makcik, dan sehingga kini Makcik Maimon telah memberi tahu bahawa beliau tidak akan menyertai pilihan kali ini kerana tidak mempunyai sponsor=) Tak mungkin calon bebas dapat menang dalam pilihanraya kali ini krn biasanya pilihanraya kecil akan dilibat oleh seluruh jentera sesuatu parti..

Pimpinan BN pilihanraya Ogos lalu Ketua Dato Najib telah kalah teruk di Permatang Pauh kali ini dia akan cuba sedaya upaya memberi tentangan yang hebat untuk menebus balik namanya sebagai bakal pemimpin, manakala Pakatan rakyat juga akan memberi tentangan yang hebat utk memastikan mereka akan menang majoriti kali ini=)

Oleh itu tak mungkin pihak ketiga atau calon bebas akan menang dlm piliharaya kecil kali ia hanya akan memisahkan undi undi, jikalau penyokong adalah seorang Umno maka ia hanya akan memisahkan undi UMNO.. Baik jangan bazir wang deposit dan masa bagi calon calon bebas haha!!!

Penganti BN adalah orang baru dan kurang perpengalaman seperti Datuk Razali ataupun Datuk Mohamad Sabu, malah kemenangan BN dikawasan situ Mac lalu adalah kerana majority orang Cina disana takut utk mengundi Pas tetapi pekara tidak sama pada masa sekarang selepas pembentukan Pakatan.. Rakyat Cina telah tidak takut untuk undi Pas lagi dan mereka kebanyakan juga takkan undi BN lagi kerana selama ini Umno hanya mengamalkan politik perkauman dan banyak meyekat kaum Cina dgn pelbagai cara, sekarang rakyat Cina telah tahu bahawa mereka berhak dan mempunyai kuasa utk mengubah kerajaan oleh itu tentu mereka akan undi Pakatan=) kecuali rasuah dan orang orang MCA hanya akan mengundi BN lah haha=(

Jangan beri satu undi pun kepada BN, biarlah kita senyum, puji muji dan berpeluk peluk dgn orang orang BN tetapi jgn beri mereka satu undi pun=P Mereka takkan tahu siapa yg undi atau tidak undi.. Ingat dihati ini!!

Walaupun amat berkemungkinan Pas akan menang tetapi kita jangan lalai mungkin gejala rasuah akan berlaku sekali lagi, oleh itu biarlah kita berhati hati jgn biar undi hantu datang semasa hari pengundian=) Moga rakyat disana akan bersatu padu macam pilihanraya kecil Ogos yang lepas, menang dgn majoriti yang besar satu kali lagi beritahu kita tidak mahu diperintah oleh BN lagi..

Kali ini jika BN kalah maka ia bermaksud masa kegemilangan BN memang dah berlalu, kalah bukan disebabkan oleh Pakatan ataupun Datuk Seri Anwar tetapi kalah disebabkan penindasan mereka terhadap rakyat selama ini sehinggakan rakyat berani bangkit menentang=) Kalah disebabkan masa dah lalu dan peluang yang telah berkali kali kita beri dah pun telah habis kita beri zz..

Oleh itu kita harus beritahu kawan kita di Terengganu mahu sokong boleh sokong tetapi jangan undi mereka BN semasa pengundian.. Mereka walaupun telah bangun dari tidur tetapi masih belum sedar!!!!

Hidup Pakatan hidup hidup=) Harap semua orang akan menlancarkan misi "Undi utk Barisan demi Wawasan 3030" iaitu negara tidak akan capai kemajuan yang dijangka seperti Wawasan 2020..

Ular ular dalam BN

Kini dalam berita hari hari kita akan nampak banyak ketua parti komponen BN telah pun menyuarakan bahawa mereka bantah ISA dan mempertikaikan tentang Ketuanan Melayu untuk apa?

Hairan jika benar mereka begitu kasih pada rakyat kenapa pada 10-20 tahun lepas mereka tak buat begitu?

Itu memang senang sahaja tujuan mereka adalah harap moga akan menaikkan popularity mereka.. Saya tak rasa rakyat akan ditipu oleh lakonan mereka kini=)

Semuanya adalah ular yg berkepala dua hanya tahu mengambil kesempatan semasa huru hara!! Adakah orang sebegini benar benar layak memimpin kita?!! Dgn kononnya mereka ingin mengugut UMNO tetapi jika mereka diusir keluar apakah mereka dapat? Dapatkah mereka menjadi kerajaan jika tidak bersatu dgn BN adakah mereka akan tinggalkan BN.. Tidak..

Walaupun saya penyokong Pakatan tetapi saya benci melihat ketua ketua komponen BN ini yg keji dan tidak setia!! Sepatutnya mereka pada masa ini haruslah bersatu padu dgn ketua komponen mereka iaitu UMNO untuk menghadapi cabaran dan rintangan dan bukanlah mengugut dan menfitnah antara satu sama lain..

Adakah mereka benar ingin menjaga kepentingan rakyat dan berjuang dgn rakyat yg susah? Jikalau benar adakah mereka akan menjadi parti kecil di dalam Pakatan? Kebanyakan yang suara bantah semuanya adalah parti yg kalah teruk.. Tolong insaflah jikalau tidak tahu insaf biar kosongkan tempat mereka berikan peluang kepada generasi baru untuk berjasa pada rakyat!!! Senang saje