Monday, October 27, 2008

Taliban harus dikenakan hukuman!!!

Saya memang sedih setelah membaca berita bahawa seorang petani yg tdk berdosa dicungkil mata oleh sekumpulan penganas Taliban di wilayah Helmand.. Bukan sahaja itu mrk melakukan tindakan kejam yg tdk berperikemanusian dihadapan anak anak dan isteri petani yg malang itu!!!

Biasa mereka membunuh dan merogol ramai orang yang tidak berdosa seperti para petani, kanak-kanak dan wanita kerana menuduh mereka terlibat dalam kerja kerja perisikan. Pada masa dulu dengarnya moyang Taliban mengasas Taliban krn ingin menyelamatkan seorang gadis yg dirogol oleh penganas tetapi kini apa mereka jadi?!

Yg saya hairan kali ini mereka bertindak kejam terhadap seorang petani miskin yang tidak berdosa pula.. Mrk boleh bunuh dan dera dan seksa siapa siapa saja jika mrk syaki ataupun dgn alasan syaki sama serba seperti akta Ikut Suka Aku, asalkan disyaki kamu habislah!!

Bukan sahaja itu kononnya yg digelar pejuang Taliban sebelum ini pernah memancung kepala serta memotong telinga dan hidung ramai ramai penduduk yang dituduh menjadi tali barut kerajaan. Harap harap mrk yg lakukan kejam itu diterima balasan 10x ganda apa yg mrk lakukan itu=)

Ini bukan fitnah Taliban memang adalah penganas oleh itu saya berharap orang yg sokong Taliban insaflah krn ada segenlintir orang masih suka dgn konon yg digelar pejuang itu, saya juga pernah lihat cara mereka potong kepala manusia yg hidup hidup dgn pisau kommando mrk itu dalam video handphone Zzz..

Sunday, October 26, 2008

HaPPy DeePaVaLi..

Happy celebrating Deepavali Eve to every Indians in Malaysia.. Hope those who need to exam forget about the subject and books then just be happy and merry=) Actually every years since I am study in secondary, we all frens include teachr ad notice that Indians community are very pity bcos the most important exam will sure fall the date near and between Deepavali

Forget those sad and unequal happening especially about Hindraf matter bcos after Pakatan take over the government everything will be solve with we will see transparency, equalityn fair, justice and peace..

Selamat menyambut Hari Deepavali!!!!!

Saturday, October 25, 2008

Betapa Jelasnya Korup Dlm UMNO Kata Bekas PM TUN Mahathir

POLITIK WANG DALAM UMNO

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at October 24, 2008 5:54 PM

1. Saya mendapat banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam UMNO. Demikianlah keadaan sehingga Dato Seri Dr Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender. Dato Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedas.

2. Saya diberi tahu wang banyak digunakan. Dahulu cuma ketua pemuda bahagian sahaja dapat. Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.

3. Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu. Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat.


4. Tetapi cawangan dan ahli biasa pun sudah pandai. Mereka menawarkan sokongan mereka jika sekian-sekian banyak dihulur.

5. Mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.

6. Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka. Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka.

7. Amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mereka jelek dan muak dengan UMNO, orang UMNO dan pemimpin UMNO. Perasaan benci kepada UMNO sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat.

8. Orang ramai melihat UMNO sebagai parti pimpinan orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Dari cawangan sehinggalah kepada pucuk pimpinan yang diutamakan ialah jawatan dan peluang memain kuasa dan buat duit apabila memegang jawatan.

9. Dalam pilihanraya umum 2004, rakyat memberi sokongan padu kepada BN. Ini adalah kerana rakyat percaya benar yang kepimpinan baru UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi lebih baik daripada yang terdahulu.

10. Antara 2004 dengan 2008 mereka dapat lihat pemerintahan Abdullah dengan rasuah yang berleluasa dan keruntuhan ekonomi. Mereka juga lihat peranan yang dimainkan oleh keluarganya dan kroni mereka dan juga sikap ahli-ahli kabinet. Apa yang mereka lihat meyakinkan mereka bahawa pemerintahan ini tidak baik. Hasilnya ialah keputusan pilihanraya ke-12.

11. Mereka kecewa bahawa Abdullah bukan sahaja tidak membetulkan keadaan tetapi sebaliknya menafikan kekalahan dan penolakan oleh pengundi, termasuk yang terdiri daripada ahli-ahli dan penyokong UMNO dan lain-lain parti komponen.

12. Saya percaya orang ramai amat kecewa melihat mainan wang dalam UMNO sekarang. Wang akan mengalir dengan banyak dan laju semasa dan selepas pencalonan. Rumah terbuka oleh kementerian sedang diadakan dengan menggunakan duit Kementerian. Semasa rumah terbuka kempen untuk pencalonan diadakan.

13. Menjelang pemilihan bulan Mac 2009 lebih banyak lagi acara dan sogokan boleh diadakan. Kemuncak akan tiba apabila wakil ke Mesyuarat Agong tiba di Kuala Lumpur untuk bersidang.

14. Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000.

15. Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok. Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa.

16. Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah. Tetapi seperti disebut di atas apabila pengundi pilihanraya umum sudah benci dan bosan dengan UMNO mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan UMNO. Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang. Dan UMNO akan habis riwayatnya. Mereka yang betul-betul sayang kepada UMNO akan kutuk pemimpin dan ahli UMNO.

17. Inilah akhirnya musibah yang akan diterima kerana tamak, kerana rasuah di kalangan pemimpin dan ahli UMNO.

Semua ini Tun Mahathir juga jelas dan ketahui krn beliau juga pernah dahului semua ini=) Dah puas dia tengok tetapi semasa dia jadi PM dia tak katakan semua ini kpd kita..

Friday, October 24, 2008

Syed Hamid PEMBOHONG besar Malaysia!!!!!



Syed Hamid ini memang sepatutnya dijemput masuk ISA biarlah dia rasa hukuman yg disokong ini selama ini kan bagus?! Satu hari hanya tdk lebih RM10 ringgit utk makanan, begini lah tdk membazirkan wang=)

Wednesday, October 15, 2008

Bekas Agung pun boleh kena saman?

Hari ini semasa membaca berita saya terkejut bekas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman bayar Standard Chartered RM3.5 juta ini krn saya baca buku sejarah ia memberitahu saya agung tak boleh dibawa ke mana mahkamah atau didakwa.. Mungkin saya telah salah atau tdk faham dan oleh krn sebab ini semasa mengambil ujian peperiksaan subjek ini gagal memberikan saya markah utk dapat A haha zzz, adakah semasa menjadi agung tak boleh didakwa dan selepas tdk memegang jawatan agung boleh tetapi berita itu kata semasa Standard Chartered dakwa baginda adalah Yg Dipertuan Agung?

Walaubagaimana pun ini membuktikan majlis peguam peguam telah berjaya membawa sedikit arus perubahan utk menjadikan negara kita lebih adil dan saksama.. Memberi imej yg positve kpd pedagang luar negara utk yakin bahawa Malaysia telah tak sama macam dulu selepas kuasa Barisan dikurangkan.. Sistem demokrasi lebih balance maka sitem perundangan juga akan lebih adil dan saksama=)

Tetapi macam mana pula kes Lingam dan Dato Najib?! Dgr kata Ketua Hakim baru selepas in bernama Tan Sri Zaki dan dia adalah kawan baik UMNO zz..

14 Oct 08 Parlimen



I really love both duo hero in Parlimen YB Kit and YB Anwar bcos what they say is the truth to def our right and justices in Parlimen=)

Tuesday, October 14, 2008

Copy frm Utusan about whale..

Ikan paus terdampar di pantai

PEKAN 13 Okt. – Penduduk Kampung Kuala Nenasi di sini gempar apabila seekor anak ikan paus yang masih hidup seberat kira-kira tiga tan terdampar di pantai Kuala Sungai Nenasi dekat sini hari ini.

Ikan paus berukuran 10 meter panjang itu dipercayai jenis Fin berdasarkan sirip belakang yang pendek, bukaan mulut yang panjang serta bergaris lurus selari dengan matanya.

Ia dipercayai tersesat daripada ibunya sebelum memasuki perairan Pekan dan terdampar di pantai yang terletak kira-kira 10 kilometer dari zon pendaratan ikan Kuala Sungai Nenasi akibat air surut antara pukul 7 hingga 9 pagi.

Seorang nelayan, Abd. Rahim Sulong, 36, berkata, dia merupakan antara orang pertama menyedari ikan paus berkenaan terdampar di pantai itu selepas terlihat pancutan air setinggi kira-kira dua meter dari sebuah kawasan berdekatan.

Menurutnya, ketika itu dia yang sedang melalui Kuala Sungai Penor untuk menangkap ikan di laut pada pukul 7 pagi apabila terlihat pancutan air yang keluar daripada saluran pernafasan mamalia itu. “Semasa mendekatinya, ikan paus itu tidak dapat berenang sebab paras air cuma pada aras lutut dan ia terlalu cetek untuk ikan itu berenang semula ke laut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abd. Rahim berkata, ikan paus itu didapati mengalirkan air mata seolah-olah sedih dan terharu dengan pertolongan orang ramai yang menyimbah air ke badannya sebaik sahaja paras air mula kering di kawasan ia terdampar kira-kira dua jam selepas ditemui.

Menurutnya, keadaan itu juga menyebabkan beberapa kumpulan nelayan di sekitar Kuala Sungai Nenasi bersilih ganti menyimbah air ke badan mamalia tersebut untuk memastikan ia terus hidup sementara menunggu air pasang semula pagi ini.

“Beberapa bahagian kulit ikan paus itu menggelembung akibat sinaran panas matahari dan terdapat beberapa kesan luka disebabkan gelembung yang sudah pecah terutama pada bahagian belakang badannya,” jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi nelayan, Faizal Ibrahim, 29, pula berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk membawa ikan paus tersebut kembali ke laut namun gagal.

Tambahnya, kira-kira 40 penduduk kampung cuba menolak ikan paus itu ke laut tetapi gagal dan apa yang mampu dilakukan ialah menyimbah air untuk memastikan mamalia itu terus hidup sehingga air pasang semula.

Rakannya, Hussain Othman, 47, pula memberitahu, kejadian itu dimaklumkan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan namun tiada tindakan segera diambil untuk menyelamatkan mamalia tersebut.

Jelasnya, beberapa pegawai agensi dan jabatan terbabit sekadar mengambil gambar dan terus pulang tanpa mempeduli atau melakukan sebarang tindakan yang dapat menyelamatkan ikan paus berkenaan.

“Apa yang boleh penduduk kampung lakukan hanyalah menunggu air pasang dan memastikan mamalia itu terus hidup dan sekiranya gagal kami akan ikhtiar cara lain pula,” tegasnya
.




See what they report about the LKIM, "Jelasnya, beberapa pegawai agensi dan jabatan terbabit sekadar mengambil gambar dan terus pulang tanpa mempeduli atau melakukan sebarang tindakan yang dapat menyelamatkan ikan paus berkenaan".. I really very sad heard this everyone know I am animal lover=( But what is glad is those fisherman and villager who helping the little whale for those who just standing and capture pic those bastard pls repent la!!!!

If compare to those WHITE country their government even support helicopter and ship to help they whale ad!!! Our government only pandai buy alot alot war ship and war plane saod to stanby in case zzzzz I dunno Malaysia still will having war?! Malaysia peaceful and harmony the percentage of happen war is less but I didnt say impossible but the sea are everwhere suround Malaysia.. Deaf they all? Maybe they dont have the love to animal the only know what is call cruelty why I said like this bcos we always can see how cruel those Majlis Perbandaran kill street and none street dog!!!! Everytime I see they did violence to those dog my self also will feel pain like the dog feel, they not just shoot but they will simply snipering even there alot of neighbouring and passby ppl they dun care just shoot the dog then cekik with rope pull the dog neck and fly over to their bin then kick but sad all process the dog still not die.. Crue heh? dun believe watch urself..this not utusan story made but true!!

Pls pray for the whale.. But for my experience if there no rapidly action the whale will sure die zzz bcos his skin ad start injured even if can bring it back to sea but is hardly heal the injuries then will slowly die zz.. I hope wont happen!!!

Thursday, October 9, 2008

Najib for No 1, Mat Taib for No 2

Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak today announced he would be contesting the Umno presidency then the ex CM announced he will go to deputy.. Oh no what happen now?

ZzzZzzzzZzzzzZzzzZzzzzzzZzzzz......

Perebutan kuasa jelas berlaku di UMNO, saudara sekalian adakah anda semua masih ingat rekod Mat Taib pada masa dahulu?! Ini orang juga mahu menjadi PM Malaysia kelak ke?!.. Setiap kali saya tengok dia ini di TV berita, muka beliau memang tak boleh tengok adakah dia macam ini pun mahu jadi DPM?

Hairan kenapa baru baru ini tdk kedengaran ex CM Melaka itu? Jgn jgn Ex CM Tamby Chik yg byk skandal itu juga akan umum keluar bertanding timbalan presiden zz..

Walaupun saya bukan penyokong Barisan ataupun UMNO tetapi saya juga rasa bimbang tentang pemilihan mrk ini, krn itu yg menang bakal menjadi pemimpin negara kita.. Kuasa besar Malaysia masih dlm tangan Barisan saya juga mesti tolong mrk berkempen krn wang politik dlm mrk memang berleluasa..

"Haha saya sokong Tengku Razaleigh jadi Presiden dan Mukhriz jadi Timbalan Presiden"..

Saya menyeru ahli ahli UMNO akan mengundi pemimpin mrk dgn baik naik jgn sokong semata matanya utk wang atau populariti seorang itu, ini krn pemimpin seharusnya seorang yg berkaliber dan berkemampuan utk memimpin negara ini dgn baik.

Entah entah nanti keputusan mengejut keluar Dato Najib PM dan Mat Taib DPM dan manakala Khairy Ketua pemuda UMNO zzz.. Masa itu saya akan "KOk PIak" " (mengetuk dinding)dgn kepala krn masa hadapan kita semua akan sikit sukar utk jalan liao lo..

Reject People Who Do Not Respect Country's Leaders



Datuk Seri Najib Tun Razak today called on the people to reject any form of unruly behaviour towards the country's leaders.

The deputy prime minister said the government did not want such behaviour to become a norm because it could undermine unity and security of the country.

Citing as example the unruly incident at the Hari Raya open house of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and other Muslim cabinet ministers in Kuala Lumpur last Wednesday, he said such action could cause losses to the country.

"If there are parties with other motives, who don't understand the culture of courtesy, are rude and don't respect the leaders, the people must reject them.

This kind of action cannot become a norm," he said when launching the countdown for the Fei-World Endurance Championship (WEC) 2008 in Gong Badak near here.

Do Najib will continues like his father Razak step?! 916 happen when the time he's father be the 3th PM.. Ha his "colour belang" already seem showing out, massive ISA will be more useful soon as his big weapon!!!

Blogger will also being take action soon to shut up the mouth of rakyat..

Wednesday, October 8, 2008

Akhirnya berundur juga Bapa Kejatuhan kita..



Demi menjadi Perdana Menteri lebih beberapa bulan maka sebab itulah PM kita boleh suka hati menangguhkan pemilihan UMNO ke Mac tahun depan=) Sgt gembira akhirnya Bapa Kejatuhan iaitu PM ke-5 itu akan meletak jawatan lebih awal, tetapi zaman kegelapan Malaysia takkan berakhir jika kuasa masih berada ditangan Barisan dan bakal PM Dato Najib itu..

Malangnya nasib kita rakyat Malaysia sentiasa dipermainkan oleh ahli politik yg jahat.. Selamat tinggal Pak Lah dan keluarga sdn bhd harap harap jgn balik lagi ke arena politik Malaysia buat selama lamanya krn tiada orang akan harap Pak Lah menjadi Perdana Menteri lebih satu hari pun dinegara kita kecuali anak mertuanya Khairy dan juga konco konco=P

Dr Mahathir amat gembira setelah mendengari Pak Lah takkan pertahankan jawatan presiden UMNO Mac akan datang=) "saya boleh dukung anda ke syurga saya juga mampu menarik balik kamu ke bumi".. inilah pepatah yg saya fikirkan semasa situasi begini berlaku..

Bye bye Pak Lah=)

Mari kita berdoa dan berkempen utk Tengku Razaleigh menjadi bakal Presiden UMNO krn pada pendapat saya dia memang lebih baik drpd Dato Najib itu..

Laporan Sinar Harian Amat Dikesali

Sinar Harian telah secara salah melaporkan kenyataan saya yang dibuat pada 7hb Oktober di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Laporan Sinar Harian tersebut menyatakan bahawa saya percaya Datuk Seri Najib Tun Razak mampu mendapat sokongan yang lebih dalam menguruskan ekonomi dan membersihkan negara ini daripada amalan rasuah.

Ini adalah tidak benar. Laporan tersebut jelas memutar belitkan kenyataan saya yang dibuat pada 7hb Oktober berkenaan proses peralihan kuasa dalam UMNO.

Sebaliknya saya yakin sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, negara ini akan terjerumus ke dalam bencana yang besar.

Datuk Seri Najib Tun Razak secara jelas menyatakan beliau sebagai Menteri Kewangan akan meneruskan agenda ekonomi pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak akan terkesan dengan perkembangan krisis ekonomi dunia sangat membimbangkan dan mempamerkan kegagalan beliau untuk menangani cabaran yang akan dihadapi oleh negara kita pada masa hadapan.

Beliau juga tidak menunjukkan komitmen untuk memastikan Agenda Perubahan berlaku demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap Badan Kehakiman dan bertindak memerangi rasuah. Sedangkan pada Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tempoh hari, rakyat menyuarakan hasrat mereka agar Agenda Perubahan menjadi keutamaan dan direalisasikan dengan segera.

Rakyat Malaysia bimbang di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, undang-undang kuku besi seperti penggunaan ISA akan diteruskan dan sendi-sendi demokratik akan dilumpuhkan.

Selain itu beberapa persoalan yang belum terjawab seperti tuduhan penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam komisen yang diperolehi hasil pembelian peralatan tentera dari Perancis dan Russia serta pembunuhan wanita Mongolia; Altantuya Shaariibuu, menggugat serta melemahkan kedudukannya di dalam kerajaan.

Pemimpin sebegini akan mencemarkan reputasi Malaysia di kacamata masyarakat antarabangsa dan sekaligus akan memberikan kesan negatif dalam membentuk tanggapan pelabur-pelabur asing terhadap Malaysia.

Saya mohon agar Sinar Harian segera menyiarkan pembetulan dan lebih bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang berita dengan benar dan tepat pada masa hadapan.

Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
Ketua Umum KeADILan

Tuesday, October 7, 2008

Below $90..

I feel suprise and excited when looking the price of crude oil keep falling now drop below $90 per barrel=) But think twice there's not to happy bcos although it already drop till so cheap but our government wont let us buy so cheap petrol it will drop maybe 5 sen or just 10sen only.. Remember last election when the Barisan government failed to protect their 2/3 parliement seat they revenge it back to rakyat with rising the fuel price 70sen?! We noneed listen and care what media interview with those who call themself professional because they have no guts to talk the truth through media they normally are just and utensils..

Now Sharir Ahmad and Pak Lah keep urge everyone to drop their price but who listen them? Inside Barisan ppl also not respect Barisan leader do u thinks those rakyat will listen what Pak Lah talk?! If them Barisan leader are caring us they wont rise the petrol price so high causing everything we purchase also skyrocketing high rise.. The inflation we felt at the 1st is not through pressure frm worldwide or America but through the mismanagement frm our ruling government Barisan!!

I duno why media everyday said that Pak Lah transition to Najib news, the problem wont solve if like this the problem only will solve when transition power between Pakatan and Barisan.. AGree?!

Dari Kaca Mata Ali Gostan

I just visit the Kaca Mata Ali Rustam blog and check those comment I dunno why the Melaka chief minister can do such silly acts.. After election he realise the power of blogger then ne try to starting his own blog not only that he also establish every Melaka Barisan assemblymen a blog but most of them after writing introduction then stopping to updating their blog.. Maybe its to difficult or lazy for them to write and sharing bcos all this not their profession=)

Ali Rustam start blogging few days then he realise again there are many many ppl are anti him blog with various of insult and defaming causing he need to close the comment to prevent ppl to comment in his blog with the excuse in media there are ppl hacking his blog but then now he finally open back the comment again but the comment is filter all is praising and greeting him only zz.. Eh Mr CM what the purpose and the meaning for u to blogging? Izzit again a shows in cinema for rakyat?!

Melaka under Barisan conquering really failed to show Competancy, Accountablity and Transparency..

Monday, October 6, 2008

Menteri Besar and exco earning..

MB's allowance : RM14,175.15
ADUN's allowance: RM 4112.80
Entertainment : RM5,500
Chairman of EXCO: RM4,400

Fixed allowance every month : RM28,187.95

Other perks:

Appointment allowance : RM10,000 (one-off)
Official residence
Furniture allowance : RM5,000 (yearly)
Household staff : real expenses or RM3000 monthly
Free water and electricity
Free telephine services in official residence
2 official car
Driver's expenses all paid for

On top of that, the MB can enjoy a yearly paid holiday:

2 first class air ticket (no limitation to which destination)
(a first class ticket using MAS for KL-LONDON-KL cost RM30,400)
Economy class ticket for 1 officer and 3 children
Living allowance while overseas RM500 daily
Meal allowance RM300 daily or real expenses
Hotel (no limit, according to receipt)
Winter clothing RM3000 (once every 3 years)

For an EXCO, the monthly fixed allowance are around RM15,222. The exco member also enjoy a free holiday once in a term. The maximum is equal to 2 first class ticket for KL-LONDON-KL or RM30,000 cash.

All above no yet add side income ler for those who if corrupted, like example masuk poket komisien (corruption) zzz.. Plus the money corrupted they 1years can at least earn million put in kocek for those who corrupted!!

Normally those pangkat ppl they wont say them corrupted but they will say "komisien la tu" those police take only are corruption=)

I wont believe there's no corruption among them in Barisan like there's is no cat wont eat fish.. A survey check that there's still uprising corruption in Malaysia even seemingly Pak Lah and ACA are working hard.. Its just a movie acting to rakyat to trust in them only=P

Thursday, October 2, 2008

Rumah Terbuka?! Penyokong Hindraf dan Rakyat

Menurut berita seperti di UTUSAN entah benar atau tidak laporan ini krn pada masa ini media di Malaysia amat tdk boleh dipercayai=) Semalam semasa rumah terbuka PWTC sempena menyambut Hari Raya sekumpulan penyokong Hindraf tdk sepatutnya bertindak ganas dan melulu tanpa beratur sehingga mencetuskan huru hara buat seketika zzz.. Mrk seharusnya ikut law la, krn walaupun saya tdk berada disitu tetapi saya tahu suasana memang akan menjadi luar kawalan jika sekumpulan bertindak sebegini dan fikirlah bagaimana orang yg beratur sejak awal awal pagi?! Kita seharusnya menghormati semua orang pada masa itu dan bergembira menyambut hari yg bermakna ini bersama sama kawan kawan pelbagai masyarakat..

Hal ini disebabkan kesukaran rakyat berjumpa dgn Perdana Menteri ini zzz!! Sehingga kini saya masih tak akan percaya seorang budak mentah yg kata dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar dpt jumpa dgn Timbalan Perdana Menteri dgn senang senang dirumah dia, memang jelas ini adalah bohong..

Situasi juga 2x5 di rumah terbuka Ketua Menteri Melaka suasana juga menjadi huru hara selepas hujan seketika pasukan RELA tdk dpt mengawal suasana selepas orang ramai bertindak ganas melanggar peraturan dgn tanpa beratur dan ganas menuju kehadapan=( Ibu bapa skrg amat lalai menjaga anak mrk krn mrk biarkan anak anak mrk itu disempit dlm situasi yg huru hara bukan sahaja itu ibu bapa yg sedang mendukung bayi juga mahu disempit dalam suasana yg kecoh itu semuanya demi ANG POW bernilai RM5 zzz disebabkan susah cari makan skrg..

Tetapi saya memang tetap sokong mrk pergi ambil wang itu krn ini semua adalah wang rakyat wang kita=)

Syukur tdk ada apa apa yg tak diingini berlaku dlm hari yg bermakna..

Wednesday, October 1, 2008

Selamat Hari Raya

Dlm rumah dengar kat luar sana bom situ bom sini bom dah tahu Hari Raya telah sampai oleh itu saya salam disini salam selamat menyambut HARI RAYA AIDILFTRI!!!

Semoga anda semua sihat sejahtera dan bergembira sentiasa=P