Bagi pendapat saya memang tak perlu mengadakan pilihanraya kecil di Kuala Terrenganu kerana ini memang amat membazirkan sumber wang dan masa bagi semua parti dan ahli ahli mereka yang terlibat, ini kerana dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, Allahyarham Razali yang mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 32,562 undi menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (31,562 undi) dan calon Bebas,Maimon Yusof, 89, (685 undi).
Datuk Mohamad Sabu hanya kalah pada majoriti undi yang tipis sahaja ini pun kerana muncul seorang makcik, dan sehingga kini Makcik Maimon telah memberi tahu bahawa beliau tidak akan menyertai pilihan kali ini kerana tidak mempunyai sponsor=) Tak mungkin calon bebas dapat menang dalam pilihanraya kali ini krn biasanya pilihanraya kecil akan dilibat oleh seluruh jentera sesuatu parti..
Pimpinan BN pilihanraya Ogos lalu Ketua Dato Najib telah kalah teruk di Permatang Pauh kali ini dia akan cuba sedaya upaya memberi tentangan yang hebat untuk menebus balik namanya sebagai bakal pemimpin, manakala Pakatan rakyat juga akan memberi tentangan yang hebat utk memastikan mereka akan menang majoriti kali ini=)
Oleh itu tak mungkin pihak ketiga atau calon bebas akan menang dlm piliharaya kecil kali ia hanya akan memisahkan undi undi, jikalau penyokong adalah seorang Umno maka ia hanya akan memisahkan undi UMNO.. Baik jangan bazir wang deposit dan masa bagi calon calon bebas haha!!!
Penganti BN adalah orang baru dan kurang perpengalaman seperti Datuk Razali ataupun Datuk Mohamad Sabu, malah kemenangan BN dikawasan situ Mac lalu adalah kerana majority orang Cina disana takut utk mengundi Pas tetapi pekara tidak sama pada masa sekarang selepas pembentukan Pakatan.. Rakyat Cina telah tidak takut untuk undi Pas lagi dan mereka kebanyakan juga takkan undi BN lagi kerana selama ini Umno hanya mengamalkan politik perkauman dan banyak meyekat kaum Cina dgn pelbagai cara, sekarang rakyat Cina telah tahu bahawa mereka berhak dan mempunyai kuasa utk mengubah kerajaan oleh itu tentu mereka akan undi Pakatan=) kecuali rasuah dan orang orang MCA hanya akan mengundi BN lah haha=(
Jangan beri satu undi pun kepada BN, biarlah kita senyum, puji muji dan berpeluk peluk dgn orang orang BN tetapi jgn beri mereka satu undi pun=P Mereka takkan tahu siapa yg undi atau tidak undi.. Ingat dihati ini!!
Walaupun amat berkemungkinan Pas akan menang tetapi kita jangan lalai mungkin gejala rasuah akan berlaku sekali lagi, oleh itu biarlah kita berhati hati jgn biar undi hantu datang semasa hari pengundian=) Moga rakyat disana akan bersatu padu macam pilihanraya kecil Ogos yang lepas, menang dgn majoriti yang besar satu kali lagi beritahu kita tidak mahu diperintah oleh BN lagi..
Kali ini jika BN kalah maka ia bermaksud masa kegemilangan BN memang dah berlalu, kalah bukan disebabkan oleh Pakatan ataupun Datuk Seri Anwar tetapi kalah disebabkan penindasan mereka terhadap rakyat selama ini sehinggakan rakyat berani bangkit menentang=) Kalah disebabkan masa dah lalu dan peluang yang telah berkali kali kita beri dah pun telah habis kita beri zz..
Oleh itu kita harus beritahu kawan kita di Terengganu mahu sokong boleh sokong tetapi jangan undi mereka BN semasa pengundian.. Mereka walaupun telah bangun dari tidur tetapi masih belum sedar!!!!
Hidup Pakatan hidup hidup=) Harap semua orang akan menlancarkan misi "Undi utk Barisan demi Wawasan 3030" iaitu negara tidak akan capai kemajuan yang dijangka seperti Wawasan 2020..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment