Saya petang ini berjumpa dgn satu orang yg menukar tayar di kedai kawan saya dan dia berbisik bisik kata tayar mahal sedangkan skrg harga tayar masih belum naik 18% dan kita bergurau kpd dia kata undilah Barang Naik dan dia kata bukannya salah Pak Lah sebab semua negara lain juga naik petrol mrk seperti Thailand dan Singapura, kita dah nasib baik krn mrk beli petrol lagi mahal dari kita..
Satu lagi orang yang cintai Barang Naik sehingga merasa berdosa jika kita khianati ataupun tdk setia kpd BN, UMNO dan terutamanya Pak Lah walaupun mrk menindas dan menzalimi kita, "We must love Pak Lah with our unconditional love".. Ramai yang katakan kita rakyat yg berhemah tak boleh salahkan Pak Lah dan Barisan Nasional naikkan harga petrol krn pasaran asing telah naik melambung oleh itu kita kena ikut jugalah..
Baik saya dengar dan saya setuju dgn pendapat penyokong UMNO iaitu kita kena ikut harga pasaran utk segala-galanya barang didunia ini, tetapi ;
Kita pegeksport petroleum kpd negara asing, petroleum di Malaysia adalah dari dlm tanah bumi kita oleh itu kita tdk perlu kos utk membelinya dan jika pasaran asing naik bermakna pendapatan drpd hasil jualan kita juga akan naik oleh itu jualan naik untung juga ikut naik, banyak faham?! Kita tak perlu ikut pasaran jika petrol itu utk kegunaan kita sendiri rakyat tetapi harga yg kita jual kena ikut pasaran asing iaitu setong $137, jika pasaran asing makin naik kita makin kaya krn petroleum itu adalah hasil bumi kita dan kita tdk perlu belinya dgn kos hanya kita kena bayar segala kos pengendaliannya sahaja..
Jangan kita kata negara yg banyak hasil petrol, kita kata negara yg minyak petrol mrk lebih kurang separuh dari kita iaitu Nigeria dlm RM0.32 sahajalah negara yg ketiga mrk..Walaupun dlm bole sepak mrk juga jauhi meninggalkan kitalah..
Harga harga petrol di Brunei dlm RM1.10 dan Indonesia dlm keadaan yg tdk begitu stabil dlm negara mrk dan politik tetapi setelah mrk naik 30% harga petrol mrk ialah RM2 masih lagi murah dari kita negara pengeluar minyak RM2.78..
Tahukah anda?!Malaysia adalah negara yg mencatatkan buku rekod Guinness dunia iaitu minyak bahan bakar yg naik 60-70%
Saya yakin ramai kalangan yg tdk faham itu tdk rajin belajar ilmu perdagangan, ekonomi ataupun perniagaan semasa mrk disekolah, malas dan pontenglah itu maka skrg dikena tipu oleh kerajaan masih degil degil tak mahu faham semasa kita menjelaskan..
Walaupun saya bukan pakar dlm ilmu politik, ekonomi, perdagangan ataupun perniagaan tetapi saya telah dengar byk penjelasan dari orang ramai dan saya juga kaji dan telitinya memang benarnya kerajaan boleh subsidikan kpd kita tetapi mrk tdk mahu, mrk hanya mahu jimatkan wang itu utk projek mega krn ada komisien(rasuah).. Saya telah beribu ribu kali menjelaskan kpd ramai orang disekeliling saya dan tak habis habis saya jelaskan hingga kini, untuk apa untuk masa depan generasi kita yang akan datanglah apa yang akan jadi jika kita tak ambil langkah.. Jika negara musnah adakah kita boleh mempunyai harapan dan sebuah tempat yang aman utk anak anak kita?!
Jika negara kita masih dikorup dan dibolos oleh kerajaan yang ada skrg saya yakin yang musnah itu bukan sahaja BN tetapi seluruh Malaysia, orang yang ada spekulasi telahpun tahu apa yang mungkin berlaku kpd kita jika kita masih tak hirau hirau ataupun insaf utk menyelamatkan negara kita!! "Tiada negara tiada keluarga dan jika tiada keluarga maka hilanglah segala-gala harapan"..
Charlsen Ming
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment