Friday, January 9, 2009

Mahathir kata Wan Farid Sombong dan Angkuh!!

Petikan dari http://www.chedet.cc/

12. PAS juga tak bercakap banyak sekarang berkenaan hukum hudud.

13. Katanya ini rancangan 30 tahun.

14. Demikian juga PAS sanggup beri hakmilik tanah secara berkekalan untuk mendapat sokongan orang Cina.

15. Dasar negara sekarang tanah tidak boleh diberi kepada sesiapa pun secara berkekalan, samada Cina, Melayu atau India.

16. Tetapi PAS sanggup membelakangkan dasar negara hanya untuk mendapat sokongan orang Cina. British tidak pernah beri kawasan "New Village" kepada setinggan yang ditempatkan di situ. Tidak ada geran yang dikeluarkan oleh British kepada penduduk New Village. Tetapi pemimpin PAS sanggup bohong kononnya British memberi tanah secara berkekalan kepada setinggan Cina.

17. Semua ini menunjukkan PAS bukan parti yang berprinsip dan bukan pun ikhlas dalam memperjuangkan Islam. PAS tidak boleh dipercayai oleh sesiapa. Ia sanggup "bend backwards" untuk kepentingan politik semasa.

18. UMNO pula tak tahu pilih calon. Yang dipilih ialah bekas Setiausaha Politik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Jelas pilihan calon UMNO tidak memperdulikan sentimen rakyat.

19. Dan calon ini pula terkenal sebagai seorang yang sombong, tidak tahu beramah mesra dengan orang.

20. Dalam Pilihanraya kecil ini pengundi Kuala Terengganu berhadapan dengan dilema.

21. PAS pun bukan pilihan yang baik, UMNO pun bukan pilihan yang baik.

22. Telan mati Mak, luah mati Pak.

Walaupun berbagai bagai kritikan pada Parti PAS tetapi memang saya setuju dgn Bekas Perdana Menteri bahawa Wan Farid sebagai seorang yang sombong, tidak tahu beramah mesra dengan orang. Jikalau seorang bekas Perdana Menteri ada perception begitu kuat pada calon ini maka bolehkah anda percaya bahawa Wan Farid benar hendak berkhidmat di Kuala Terengganu seperti apa yang dikomen oleh Pak Lah?! Adakah ini orang dulu bodek Tun Mahathir lepas Tun bersara maka warna warna belang Wan Farid ditunjukkan pada Tun? Zzzz adakah begitu eksyen orang ini?! Anda menilainya.. Zzzz

Ya terang terang kata bagi saya seorang rakyat bangsa Cina memang tidak salah pada Parti Pas menolong rakyat rakyat Cina tentang isu isu penternakan khinzir dan pemberian tanah kekal kpd bukan bumi..

Ok, kalau sini tak boleh ternak khinzir sana tak boleh ternak saya ingin tahu mana boleh ternak? Jika pindah ternak di P.Pinang majoriti Cina juga ada protes besar besaran akan berlakukan?!

Dan khairy asyik komen dinegara Singapura juga tdk mahu ternak haiwan ini, ok, jika Singapura tolong kita ternak adakah mereka akan jual balik pada kita pada harga yg amat amat tinggi? sedangkan mrk langsung tdk mempunyai lebih tempat utk tanam makanan sayuran pun mana cari tempat ternak?!..

Bagi saya memang saya adalah tdk makan khinzir tetapi adakah saya seorang tak makan maka semua makhluk bumi kena ikut sayakan? Sejak beribu tahun dulu bukan bumi telah makan khinzir zzz, kalau saya sokong tak makan akan mereka dengar?! Kalau mahu henti makan biarlah kerajaan BN membentukan akta pengharaman makan khinzirkan lebih effektif jgnlah banyak susah, yg tdk haramkan ialah BN dan yg protes juga BN..

Kita kena saling hormat menghormati antara sesama lain di negara yg berbilang kaum.. Saya memang amat faham tentang pengharaman di Quran tentang khinzir oleh itu saya amat maaf dan harap harap tdk menyentuh perasaan umat Islam kerana isu ini memang sensitive..

Dan bagi hak milik kekal, saya skrg baru tahu bukan bumi milik tanah kekal adalah sesuatu yang tdk patutnya.. Apa salahnya warganegara memiliki tanah kekal bahkan banyak negara asing juga mengalakan pelabur beli tanah tanah mereka secara kekal..

Memang tdk faham tentang rang undang undang yang Barisan iktiraf!!!

No comments: