Friday, April 10, 2009
Melaka kecewa dgn kabinet baru - Mohd. Ali
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerajaan negeri agak kecewa dengan barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Melaka mengharapkan Perdana Menteri dapat melantik salah seorang dari dua timbalan menteri dari negeri itu iaitu Datuk Wira Abu Seman (Kementerian Pertahanan) dan Datuk Idris Harun (Kementerian Pengajian Tinggi) sebagai menteri penuh dalam senarai barisan Kabinet baru.
''Bagaimanapun, daripada dua timbalan menteri kini tinggal seorang, sebelum ini, kita juga berharap wakil Melaka (salah seorang timbalan menteri) dapat jawatan menteri penuh,"..
__________________________________________________
Pada pendapat saya memang amat bersetuju dan tak nafikan Melaka adalah kubu gergasi UMNO yang tak kalah satu pun kerusi semasa PRU lepas dan jikalau bukan Datuk Ali kena tangkap wang politik saya yakin amat yakin Melaka bukan sahaja ada menteri tetapi Timbalan Perdana Menteri ataupun Perdana Menteri seterusnya, ini krn Khairy pun boleh menang adakah tak mungkin Datuk Ali tdk dpt menang?!
Adakah ini bermaksud Melaka akan terpinggir?! Memang mengecewakan rakyat Melaka sepatutnya mempunyai harapan menjadi PM Malaysia dua kali pertamanya Tun Ghaafar Baba yang telah dipecat semasa Zaman Tun Mahathir dan keduanya Datuk Ali yang telah dilucut hak bertanding TPM dgn hukuman yg tdk munasabah baru baru ini, semua ini berlaku pada saat saat akhir dan kini mimpi PM Melaka telahpun hancur!!
Kadang kala nasib tdk menyebelahi apa boleh buat?!... Zzzz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment