Ikan paus terdampar di pantai
PEKAN 13 Okt. – Penduduk Kampung Kuala Nenasi di sini gempar apabila seekor anak ikan paus yang masih hidup seberat kira-kira tiga tan terdampar di pantai Kuala Sungai Nenasi dekat sini hari ini.
Ikan paus berukuran 10 meter panjang itu dipercayai jenis Fin berdasarkan sirip belakang yang pendek, bukaan mulut yang panjang serta bergaris lurus selari dengan matanya.
Ia dipercayai tersesat daripada ibunya sebelum memasuki perairan Pekan dan terdampar di pantai yang terletak kira-kira 10 kilometer dari zon pendaratan ikan Kuala Sungai Nenasi akibat air surut antara pukul 7 hingga 9 pagi.
Seorang nelayan, Abd. Rahim Sulong, 36, berkata, dia merupakan antara orang pertama menyedari ikan paus berkenaan terdampar di pantai itu selepas terlihat pancutan air setinggi kira-kira dua meter dari sebuah kawasan berdekatan.
Menurutnya, ketika itu dia yang sedang melalui Kuala Sungai Penor untuk menangkap ikan di laut pada pukul 7 pagi apabila terlihat pancutan air yang keluar daripada saluran pernafasan mamalia itu. “Semasa mendekatinya, ikan paus itu tidak dapat berenang sebab paras air cuma pada aras lutut dan ia terlalu cetek untuk ikan itu berenang semula ke laut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Abd. Rahim berkata, ikan paus itu didapati mengalirkan air mata seolah-olah sedih dan terharu dengan pertolongan orang ramai yang menyimbah air ke badannya sebaik sahaja paras air mula kering di kawasan ia terdampar kira-kira dua jam selepas ditemui.
Menurutnya, keadaan itu juga menyebabkan beberapa kumpulan nelayan di sekitar Kuala Sungai Nenasi bersilih ganti menyimbah air ke badan mamalia tersebut untuk memastikan ia terus hidup sementara menunggu air pasang semula pagi ini.
“Beberapa bahagian kulit ikan paus itu menggelembung akibat sinaran panas matahari dan terdapat beberapa kesan luka disebabkan gelembung yang sudah pecah terutama pada bahagian belakang badannya,” jelasnya.
Sementara itu, seorang lagi nelayan, Faizal Ibrahim, 29, pula berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk membawa ikan paus tersebut kembali ke laut namun gagal.
Tambahnya, kira-kira 40 penduduk kampung cuba menolak ikan paus itu ke laut tetapi gagal dan apa yang mampu dilakukan ialah menyimbah air untuk memastikan mamalia itu terus hidup sehingga air pasang semula.
Rakannya, Hussain Othman, 47, pula memberitahu, kejadian itu dimaklumkan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan namun tiada tindakan segera diambil untuk menyelamatkan mamalia tersebut.
Jelasnya, beberapa pegawai agensi dan jabatan terbabit sekadar mengambil gambar dan terus pulang tanpa mempeduli atau melakukan sebarang tindakan yang dapat menyelamatkan ikan paus berkenaan.
“Apa yang boleh penduduk kampung lakukan hanyalah menunggu air pasang dan memastikan mamalia itu terus hidup dan sekiranya gagal kami akan ikhtiar cara lain pula,” tegasnya.
See what they report about the LKIM, "Jelasnya, beberapa pegawai agensi dan jabatan terbabit sekadar mengambil gambar dan terus pulang tanpa mempeduli atau melakukan sebarang tindakan yang dapat menyelamatkan ikan paus berkenaan".. I really very sad heard this everyone know I am animal lover=( But what is glad is those fisherman and villager who helping the little whale for those who just standing and capture pic those bastard pls repent la!!!!
If compare to those WHITE country their government even support helicopter and ship to help they whale ad!!! Our government only pandai buy alot alot war ship and war plane saod to stanby in case zzzzz I dunno Malaysia still will having war?! Malaysia peaceful and harmony the percentage of happen war is less but I didnt say impossible but the sea are everwhere suround Malaysia.. Deaf they all? Maybe they dont have the love to animal the only know what is call cruelty why I said like this bcos we always can see how cruel those Majlis Perbandaran kill street and none street dog!!!! Everytime I see they did violence to those dog my self also will feel pain like the dog feel, they not just shoot but they will simply snipering even there alot of neighbouring and passby ppl they dun care just shoot the dog then cekik with rope pull the dog neck and fly over to their bin then kick but sad all process the dog still not die.. Crue heh? dun believe watch urself..this not utusan story made but true!!
Pls pray for the whale.. But for my experience if there no rapidly action the whale will sure die zzz bcos his skin ad start injured even if can bring it back to sea but is hardly heal the injuries then will slowly die zz.. I hope wont happen!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Ikan paus adalah alasan mereka beli Eurocopter?
haha
Entahlah.. Kerajaan skrg mangamalkan sistem ikut suka aku(ISA)=P Boleh suka suka buat apa saja hai zzz..
CM Ali Rustam pun 2x5 sama suka suka kasi orang datuk nak kasi kroni dia orang sendiri tak apa ma skrg kasi orang bukan Malaysia zzz.. Seniman bantah bantah nanti dia akan ada satu alasan yg bagus lepas tu semuanya diam.. Macam pasal MB Terrenganu beli Mercedez cerita=(
komen byk nanti Dato Najib kata kita biadap haha
Zzz ikan paus tu telah mati zzz
Post a Comment